Kita & Ibu ........

1 TAHUN -Ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita berterima kasih kepadanya dengan  menangis sepanjang malam.

2 TAHUN -Ibu membelikan permainan untuk kita. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan merosakan  permainan itu.

3 TAHUN -Ibu menyediakan kek hari lahir untuk kita. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan menolak kek  di atas meja jatuh ke lantai.

4 TAHUN -Ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan menconteng  dinding rumah.

5 TAHUN -Ibu membelikan sepasang baju baru. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tergolek  dalam  lopak kotor.

6 TAHUN -Ibu memimpin kita masuk ke dalam sekolah. Kita ucapakan terima kasih kepadanya dengan menjerit  “TAK NAK...!!! TAK NAK...!!!”.

7 TAHUN -Ibu belikan kita barang permainan. Kita mengucapkan terima kasih kepadanya dengan merosakan  barang permainan itu.

8 TAHUN -Ibu belikan aiskrim. Kita ucapakn terima kasih kepadanya dengan mengotorkan pakaian.

9 TAHUN -Ibu berpesan agar rajin belajar. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

10-12 TAHUN -Ibu menghabiskan masa semata-mata ingin bersama kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak bertegur sapa.

13-14 TAHUN -Ibu menyuruh kita memakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan  memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai pada zaman sekarang.

15-16 TAHUN -Ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama. Kita ucapkan terima  kasih kepadanya dengan tidak menulis surat pun.

17 TAHUN -Ibu menemani kita mengambil keputusan SPM. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berjalan  dengannya tapi pada jarak yang jauh.

18-19 TAHUN -Ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita di terima masuk ke IPTA. Kita ucapkan terima kasih  kepadanya dengan menyuruh ibu lekas pulang kerana malu dengan rakan-rakan yang ada di situ.

20-24 TAHUN -Ibu bertanya kepada kita sama ada kita punyai teman istimewa atau tidak. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berkata “ITU BUKAN URUSAN MAMA. JADI MAMA TAK PERLU MENYIBUK”

25 TAHUN -Ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih  dengan berpindah jauh daripadanya.

30 TAHUN -Ibu datang memberi nasihat dan petua menjaga bayi. Kita ucapkan terima kasih dengan bermegah  “ITU DULU SEKARANG ZAMAN MODEN”

45 TAHUN -Ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita ucapkan terima kasih dengan menceritakan kisah-  kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anaknya.


Dan kemudianya satu hari kita mendapat berita bahawa ibu telah meninggal dunia!... Khabar itu bagaikan  petir... dalam linangan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa stu persatu...

Jika ibu anda masih ada,,, sayangilah dia...

Jika telah meninggal dunia,,, ingatlah kasih sayangnya kerana kita semua hanya ada seorang ibu sahaja di dunia ini... 


No comments:

Post a Comment